logomatsa

Pengenalan

Maahad As-Syakhsiah Tahfiz Sains (MATSA) telah memulakan pengajian pada 8 Ogos 2006. Pada peringkat permulaa, MATSA telah mengajar sejumlah 15 orang pelajar untuk mengikuti kelas pengajian Al Quran yang beralamat di rumah pengasas di Taman Sri Kijang dan seterusnya berpindah ke Taman Pekatra.

Lanjutannya,daripada itu pengasas SMA MATSA telah menerima tawaran wakaf bangunan daripada salah seorang pemilik bangunan bersebelahan pusat pengajian yang berhajat untuk mewakafkan rumah tersebut untuk tujuan kebajikan dan pusat pengajian Islam. Kesinambungan itu, pengasas mewujudkan rundingan dan telah menubuhkan maahad di bawah syarikat Maahad Zaman Syakhsiyah Ad Diniah (MZSAD) bagi mengendalikan dan memperluaskan pusat pengajian ini seterusnya menanggung amanah yang besar untuk mengurus rumah yang di wakafkan.

Pusat pengajian ini akan digerakkan melalui Maahad As-Syakhsiah Li Tahfizil Quran Wal Ulum, yang berkonsepkan sains,matematik,teknologi dan kejuruteraan. Hasil dari kerjasama yang baik maka pihak MATSA telah bersedia bergerak dengan dibarisi ahli lembaga Executive Community (EXCO) yang bervariasi berlatar belakangkan agamawan dan ahli akademik bagi merealisasikan pusat pengajian ini.

Disamping itu, bagi mencapai tahap perubahan dan mengadaptasi pola pemikiran pelajar, pihak MATSA menggunakan pendekatan metodologi sains,matematik,teknologi dan kejuruteraan (STAMP) bagi memastikan anak-anak yang belajar di MATSA mampu mencapai matlamat kejayaan dunia dan akhirat. Wallahua'lam.

Kini MATSA telah bekerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi,domestik dan antarabangsa bagi meningkatkan lagi potensi kebolehpasaran para pelajar untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi setelah menamatkan pengajian di MATSA.